Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebuah bot rekreasi memancing yang dipercayai beroperasi tanpa lesen sah telah ditahan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dalam satu rondaan pada Ahad. Foto Maritim

Gagal kemuka lesen dan dokumen, bot rekreasi ditahan di perairan Bintulu

ByTasha Jenkins Likan Anak Siti

BINTULU, 22 April: Sebuah bot rekreasi memancing yang dipercayai beroperasi tanpa lesen sah telah ditahan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Zon Maritim Bintulu dalam satu rondaan pada Ahad.

Pengarah Zon Maritim Bintulu, Kepten Maritim Muhammad Suffian Eldine Abdullah berkata, bot ronda Maritim Malaysia telah melakukan pemeriksaan ke atas bot berwarna putih yang sedang belayar menuju ke laut lepas dalam pelaksanaan Operasi Khas Pagar Laut 1/2025, OP TIRIS 3.0 dan OP PERMAI 01/2019.

“Hasil pemeriksaan awal mendapati bot tersebut dikendalikan oleh seorang nakhoda dan seorang kru, kedua-duanya merupakan warga tempatan berusia 26 dan 21 tahun,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, bot tersebut disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 474(1), Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952 kerana gagal mengemukakan Lesen Bot dan dokumen berkaitan semasa pemeriksaan dijalankan.

“Jika disabitkan kesalahan, boleh dikenakan denda atau kompaun. Bot bersama kru telah ditahan dan diiring masuk ke Pusat Tahanan Vesel Zon Maritim Bintulu sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Maritim Malaysia menasihatkan komuniti maritim agar sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang sebelum melakukan sebarang aktiviti di laut bagi mengelakkan tindakan penguatkuasaan diambil.

Sebarang maklumat atau aduan berkaitan aktiviti mencurigakan di perairan boleh disalurkan melalui talian kecemasan 999 atau terus ke Pusat Operasi Maritim Zon Maritim Bintulu di talian 086-314 254 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak di talian 082-432544 yang beroperasi 24 jam. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan