Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Majlis angkat sumpah Ahli Majlis Daerah Meradong dan Julau yang disaksikan Datuk Michael Tiang Ming Tee di Bintangor, hari ini. Foto TVS

31 Ahli Majlis Daerah Meradong dan Julau angkat sumpah

BINTANGOR, 22 April: Seramai 31 Ahli Majlis Daerah Meradong dan Julau (MDMJ) hari ini mengangkat sumpah jawatan bagi penggal baharu bermula dari 1 April 2025 hingga 31 Mac 2028.

Majlis berlangsung di Bilik Persidangan MDMJ itu turut disaksikan Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Michael Tiang Ming Tee.

Daripada jumlah tersebut, 21 orang termasuk Pengerusi MDMJ, Thomas Geoffrey Kendawang, merupakan lantikan semula, manakala 10 lagi adalah muka baharu.

Dalam ucapannya, Michael Tiang berkata, MDMJ merupakan antara entiti pentadbiran penting di Bahagian Sarikei, merangkumi tiga daerah utama iaitu Meradong, Julau dan Pakan.

“Walaupun ketiga-tiga daerah ini berbeza dari segi geografi dan latar belakang masyarakat, mereka berkongsi matlamat yang sama iaitu membangunkan kawasan masing-masing secara inklusif dan holistik.

“Ahli Majlis yang dilantik perlu memahami dasar dan inisiatif yang digariskan dalam Pelan Strategik MDMJ. Ini penting bagi memastikan hala tuju pembangunan seiring dengan visi kementerian serta menyokong Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030) dan Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs),” katanya.

Beliau turut menekankan peranan ahli majlis sebagai wakil masyarakat yang bertindak sebagai saluran maklum balas serta penyampai suara komuniti kepada pihak berkuasa tempatan (PBT).

Ahli-ahli Majlis katanya, perlu menjadi “mata dan telinga’ kepada PBT bagi memastikan setiap keputusan yang dibuat mengambil kira kepentingan penduduk di zon masing-masing.

Selain itu, ahli Majlis juga disaran menjadi penggerak dalam komuniti dengan menggalakkan penglibatan rakyat dalam program dan aktiviti yang dianjurkan oleh pihak Majlis.

“Sehubungan itu, saya menggesa semua ahli majlis untuk terus bekerjasama sebagai satu pasukan dalam menjadikan Meradong dan Julau sebagai daerah yang lebih maju, bersih, selamat dan berdaya saing,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan