Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri DBKU 2025 di Halaman DBKU. Foto TVS

Urus sisa pepejal secara moden

BySheera Abg Mansor

KUCHING, 21 April: Sarawak bakal melaksanakan sistem pengurusan sisa pepejal secara moden melalui penggunaan loji rawatan termal (insinerator) sebagai langkah strategik menuju bandar raya lebih bersih, lestari dan mampan.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, sistem baharu itu akan dilaksanakan secara berperingkat bermula dengan dua zon utama iaitu Zon Selatan yang meliputi Kuching, Samarahan, Sri Aman hingga Betong manakala Zon Tengah hingga ke Miri pula akan membentuk satu lagi kluster pengurusan sisa.

Menurutnya, penggunaan insinerator tersebut bukan sahaja bertujuan melupuskan sisa dengan lebih efisien tetapi juga menyokong matlamat jangka panjang Kerajaan Sarawak untuk menghasilkan tenaga daripada sisa pepejal sekali gus menjadikan sisa sebagai sumber pendapatan baharu kepada wilayah ini.

“Jadi maknanya, Kuching, Samarahan, Simanggang sampai ke Betong satu zon dan ke pertengahannya pula sampai ke Miri untuk satu zon, kerana volume-nya mesti mencukupi untuk kita menghasilkan by-product daripada waste iaitu waste to energy.

“Saudara Datuk Len Talif Salleh adalah orang yang melihat hal itu dan pelaburannya tinggi tapi Alhamdulillah saya rasa kita bolehlah menggunakan dana kita untuk menguruskan sisa secara moden yang juga dapat menghasilkan pendapatan kepada kita untuk masa depan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri anjuran Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) di sini, hari ini.

Abang Johari turut menekankan penggunaan teknologi hijau merupakan antara langkah penting dalam perancangan menjadikan Kuching sebagai bandar pintar sejajar dengan aspirasi Sarawak menuju 2030.

Tambahnya, kebersihan dan imej bandar bersih akan memberi impak positif kepada industri pelancongan serta sektor penerbangan yang sedang dibangunkan Kerajaan Sarawak.

“Kuching tersenarai sebagai salah satu bandar terbersih di dunia, jadi kita harus menjaga, barulah pelancong banyak datang dan kita tahu kita nak mempunyai syarikat penerbangan sendiri dan kalau ini menjadi tarikannya, ia akan memberikan pembangunan ekonomi lebih mampan kepada Bandar raya Kuching,” ujarnya.

Beliau turut menyeru kerjasama penuh daripada pihak berkuasa tempatan dan komuniti setempat dalam menjayakan projek tersebut yang bukan sahaja mengubah cara sisa diurus tetapi menyumbang kepada transformasi Bandar raya Kuching sebagai antara bandar paling bersih di Asia Tenggara. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan