Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Fatimah Abdullahbersama-sama tetamu yang hadir pada Majlis Sambutan Hari Wanita Antarabangsa (IWD) 2025. Foto Suara Sarawak

Unit khas kesaksamaan gender ditubuhkan

KUCHING, 21 April: Kerajaan Sarawak menerusi Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (JWKS) menubuhkan unit khas berkaitan kesaksamaan gender bagi merapatkan jurang jantina di wilayah ini.

Memetik laporan Suara Sarawak, Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, penubuhan unit tersebut pada awal tahun ini mencerminkan kesungguhan Kerajaan Sarawak dalam menangani isu kesaksamaan gender khususnya dalam usaha memperkasa wanita.

“Sudah tiba masanya untuk kami merasmikan penubuhan unit tersebut dengan struktur lebih teratur dan sistematik,” katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Wanita Antarabangsa (IWD) 2025 di sini, hari ini.

Menurut Fatimah, pihaknya akan mencari rakan strategik dan pihak yang bersedia untuk bekerjasama.

Dalam usaha membina kesedaran peringkat awal, Fatimah turut memaklumkan pendidikan berkaitan nilai kesamarataan akan diperkenalkan di peringkat prasekolah.

“Tidak kira lelaki atau perempuan, semua wajar diberi peluang sama dalam pendidikan, akses kepada perkhidmatan kesihatan, bantuan kebajikan serta hak untuk menikmati kehidupan yang sejahtera,” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan