Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) melaksanakan Operasi Pusat Hiburan secara berkala yang menyasarkan premis hiburan di kawasan Parkcity dan Sri Dagang. Foto BDA

Tiga pusat hiburan dikompaun

BINTULU, 21 April: Sebanyak tiga kompaun dikeluarkan di bawah Ordinan Hiburan 2001 melibatkan dua kesalahan beroperasi lebih masa dan satu kesalahan tanpa lesen sah.

Lembaga Kemajuan Bintulu dalam kenyataan menyatakan Operasi Pusat Hiburan itu dijalan secara berkala yang menyasarkan premis hiburan di kawasan Parkcity dan Sri Dagang.

Menurut kenyataan tersebut, operasi tersebut diketuai pegawai kesihatan persekitaran bersama pasukan penguat kuasa.

“Hasil pemeriksaan mendapati beberapa premis tidak mematuhi peraturan sedia ada,” menurut kenyataan tersebut.

BDA turut memaklumkan, operasi tersebut dijalankan untuk memastikan premis hiburan di Bintulu dikendalikan secara bertanggungjawab demi kesejahteraan komuniti, keselamatan awam dan suasana persekitaran terkawal.

“Pengusaha pusat hiburan diingatkan untuk sentiasa mematuhi peraturan dan syarat lesen ditetapkan.

” Tindakan tegas akan terus diambil terhadap mana-mana pihak yang gagal berbuat demikian,” jelas kenyataan tersebut.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan