Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Datuk Bandar Miri, Ariffin Mohamad ketika merasmikan Majlis Peluncuran Projek COOPUmrah ANGKASA Sarawak di Dewan Pertubuhan Ikram Miri pada Ahad. Foto ANGKASA Sarawak

Tawar pakej umrah berkualiti, telus dan berpatutan

ByTasha Jenkins Likan Anak Siti

MIRI, 21 Apr: Lebih 100 tetamu menghadiri Majlis Ramah Tamah Aidilfitri dan Pelancaran Program CoopUmrah ANGKASA Sarawak melibatkan penyertaan wakil koperasi dari Miri, Limbang dan Lawas.

Program berimpak tinggi itu bertujuan memperkasa ekonomi gerakan koperasi di Sarawak melalui penawaran pakej umrah berkualiti, telus dan berpatutan.

Pengerusi ANGKASA Sarawak CoopUmrah, Wan Azizan Wan Zainal Abidin berkata, pakej tersebut turut disertakan dengan kemudahan pembiayaan yang ditawarkan koperasi ahli ANGKASA sendiri seperti Koperasi Koperkasa Sarawak Berhad (KOPERKASA) dan Koperasi Guru Bumiputera Sarawak Berhad (KOBAGUS).

“ANGKASA bertindak sebagai penyelaras utama bagi pemasaran dan pelaksanaan pakej CoopUmrah di Sarawak dan kami mengalu-alukan penyertaan lebih banyak koperasi ahli di wilayah ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Majlis perasmian tersebut disempurnakan oleh Timbalan Datuk Bandar Miri, Ariffin Mohammad.

Bagi aspek pengurusan perjalanan, Demak Travel Sdn. Bhd. dilantik sebagai panel pengendali rasmi yang akan menguruskan logistik dan perkhidmatan jemaah dari Sarawak ke Tanah Suci.

“Program ini diyakini mampu menjadi pemangkin kepada perkembangan sektor pelancongan koperasi lebih inklusif dan memberi peluang lebih ramai anggota koperasi di wilayah ini untuk menunaikan ibadah umrah,” ujarnya.

Pada majlis sama, seramai 21 anak yatim dari Kompleks Kebajikan Hamidah Yaakub (PERYATIM) Miri turut menerima sumbangan duit raya sebagai tanda keprihatinan sosial komuniti koperasi.

Turut hadir Penghulu Kawasan Piasau, Kamarudin Reduan, Penolong Pengarah Kanan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Negeri Sarawak Bahagian Miri, Lily Fawziah Adnan dan Ketua Cawangan Institut Koperasi Malaysia (IKMa) Miri, Sharifah Rohaya Wan Idris.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan