Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Thai King (duduk tengah) merakamkan gambar selepas sidang media. Foto TVS

Shila Amzah bakal gegarkan Sibu

SIBU, 21 April: Penyanyi terkenal tanah air, Shila Amzah bakal membuat penampilan istimewa sempena sambutan ulang tahun ke-50 Kumpulan Rimbunan Hijau (RH) sebagai tanda penghargaan.

Pengarah Urusan Kumpulan RH, Datuk Tiong Thai King berkata, acara bertemakan malam penghargaan dan perayaan itu dijadualkan bermula pada jam 6.30 petang dan akan dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.

“Antara acara utama malam itu ialah persembahan 330 dron dan diikuti pertunjukan bunga api berirama selama kira-kira 12 minit yang disusun secara koreografi.

“Kami juga berbesar hati menganjurkan Pertandingan Fotografi dan Videografi Persembahan Dron dan Bunga Api Muzikal Jubli Emas Rimbunan Hijau 2025 serta mengalu-alukan penyertaan orang ramai,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat RH di sini, hari ini.

Menurut Tiong, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dijadualkan menyempurnakan Majlis Pelancaran Projek Pengubahsuaian Dalaman dan Luaran Menara Rimbunan iaitu projek pengubahsuaian berskala besar oleh kumpulan tersebut.

Majlis berkenaan akan diadakan pada 13 Mei bersempena sambutan Jubli Emas Kumpulan RH.

“Pada hari sama, beliau (Abang Johari) turut menghadiri Majlis Makan Malam Gala Jubli Emas Kumpulan Rimbunan Hijau yang akan berlangsung di Dewan Canselor Tun Abdul Taib Mahmud, Universiti Teknologi Sarawak,” ujar Thai King.

Thai King berkata, pelbagai program telah dan sedang dianjurkan sepanjang sambutan Jubli Emas kumpulan itu termasuk Larian Marathon Jubli Emas yang berlangsung pada pagi 4 Mei lalu dan berjaya menarik penyertaan seramai 3,044 peserta dari dalam dan luar negara.

“Selain itu, Pertandingan Golf Jubli Emas juga akan diadakan pada 10 dan 12 Mei,” jelasnya.-TVS

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan

No data was found