Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Mohd Azizulhasni Awang. Foto fail AFP

PKBM sedia bantu Mohd Azizulhasni dari segi peralatan, penyertaan kejohanan

ByBernama

KUALA LUMPUR, 21 April: Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) sedia membantu menyediakan kemudahan diperlukan bekas juara dunia keirin Datuk Mohd Azizulhasni Awang walaupun beliau kini bergerak secara profesional.

Presiden PKBM Datuk Amarjit Singh Gill berkata selain menyediakan kemudahan basikal atau peralatan, persatuan juga sedia membantu dari segi penyertaan pelumba berusia 37 tahun itu di kejohanan antarabangsa.

“Kita tidak mempunyai sebarang masalah untuk menyediakan kemudahan diperlukan seperti basikal dan peralatan lain. Beliau ada basikal sendiri tetapi sekiranya hendak menggunakan basikal disediakan PKBM, bagi pihak persatuan, kami tiada apa-apa halangan.

“Kami akan pastikan beliau diberikan peralatan dan sumber berkaitan supaya boleh menjalani latihan dan menyertai kejohanan dikehendakinya,” katanya kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya PKBM, semalam.

The Pocket Rocketman pada Sabtu, telah mengumumkan keputusan untuk meneruskan kayuhan bagi tempoh dua tahun akan datang dan bergerak secara profesional mewakili Team Azizul selepas Majlis Sukan Negara (MSN) menyalurkan geran individu sebanyak RM200,000 hingga 2026.

Antara Petunjuk Prestasi Utama (KPI) ditetapkan MSN kepada pelumba kelahiran Dungun, Terengganu itu ialah persediaan menghadapi Sukan Asia 2026 dan Sukan Komanwel 2026.

Susulan keputusan itu, Mohd Azizulhasni berkata beliau masih mempunyai pilihan basikal sendiri untuk digunakan namun basikal terbaik ialah WX-R Vortex yang digunakan ketika beraksi di Sukan Olimpik Paris tahun lepas.

Beliau berkata, ia terpulang kepada MSN dan PKBM sama ada membenarkan beliau menggunakan jentera itu ketika latihan dan kejohanan disertainya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan