Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin semasa Majlis Penyampaian Hadiah 12th Miri City AutoFest 2025 di Majlis Bandaraya Miri (MBM), di sini, pada Ahad. Foto TVS

Miri City Autofest berpotensi berkembang sebagai Borneo Autofest

ByTasha Jenkins Likan Anak Siti

MIRI, 21 April: Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin menyatakan keyakinan bahawa Miri City AutoFest berpotensi untuk berkembang ke peringkat serantau sebagai Borneo AutoFest pada masa akan datang dengan penyertaan daripada seluruh Pulau Borneo termasuk Kalimantan, Indonesia.

“Saya dimaklumkan bahawa hampir 400 peserta telah mengambil bahagian. Ini merupakan satu acara tahunan yang telah mula dianjurkan sejak tahun 2011.

“Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada Persatuan Usahawan Anak Sarawak atas usaha menganjurkan program ini secara konsisten,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian Hadiah 12th Miri City AutoFest 2025 di Majlis Bandaraya Miri (MBM), di sini, pada Ahad.

Tambahnya, apa yang membezakan penganjuran tahun ini ialah penglibatan elemen permainan interaktif seperti kereta kawalan jauh (remote control), Digimon dan pelbagai lagi aktiviti kreatif yang menarik minat bukan sahaja pencinta automotif tetapi juga komuniti permainan digital dan kanak-kanak.

“Acara ini kini menjadi satu bentuk inovasi yang bukan sahaja menampilkan kereta-kereta unik dan klasik, tetapi juga melibatkan komuniti kreatif yang lebih luas,” katanya lagi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan