Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Michael Tiang Mee Tee bergambar bersama Ahli Majlis Daerah Saratok pada majlis angkat sumpah di Saratok, hari ini. Foto TVS

Mesyuarat penuh ahli majlis PBT dicadang diadakan sebulan sekali

SARATOK, 21 April: Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak bercadang untuk meningkatkan kekerapan mesyuarat penuh ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) kepada sebulan sekali.

Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Michael Tiang Mee Tee berkata, ia adalah bagi memenuhi tuntutan dan permintaan ke arah meningkatkan mutu perkhidmatan kepada masyarakat.

Sejajar dengan usaha meningkatkan mutu perkhidmatan, PBT juga kini melantik golongan muda sebagai ahli majlis yang disifatkannya sebagai satu perkembangan yang positif bagi melahirkan pemimpin pelapis.

“Pelantikkan golongan muda sebagai ahli majlis merupakan satu perkembangan positif dalam usaha kita melahirkan pemimpin pelapis menerusi platform Majlis Daerah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Angkat Sumpah Pengerusi dan Ahli-Ahli Majlis Daerah Saratok (MDS) di Dewan Masyarakat Sri Krian di sini, hari ini.

Seramai 32 ahli MDS termasuk pengerusi telah mengangkat sumpah. Daripada jumlah itu, seramai empat orang muka baharu dan 27 orang lagi adalah muka lama yang dilantik semula.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan