Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki diberkas pihak polis kerana dipercayai mencuri lapan unit tong gas di sebuah restoran di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) pada 3 April lalu. Foto IPD Kota Samarahan

Lelaki miliki 12 rekod jenayah diberkas curi tong gas

KOTA SAMARAHAN, 21 April: Seorang lelaki diberkas kerana dipercayai mencuri lapan unit tong gas di sebuah restoran di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) pada 3 April lalu dengan seorang lagi rakan sejenayahnya yang masih bebas diburu pihak polis.

Ketua Polis Daerah Kota Samarahan, Superintendan Damataries Lautin berkata, suspek berusia 36 tahun yang turut mempunyai 12 rekod jenayah lampau itu ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Samarahan pada jam 11.30 pagi semalam di sebuah taman perumahan, Kota Samarahan.

“Hasil soal siasat suspek mengaku pada 3 April, dia bersama seorang rakannya memandu keretanya jenis Nissan Grand Livina pada jam 11 malam telah pergi ke sebuah restoran dan terus membuka pintu hadapan restoran dengan menggunakan spana.

“Mereka kemudian mencuri beberapa buah tong gas dengan memasukkan ke bonet belakang kereta dan menyembunyikan dahulu tong gas di semak tidak jauh daripada rumah sementara mencari pembeli,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, selang beberapa hari suspek membawa semula tong gas dengan menggunakan keretanya dan menjual tong gas yang dicuri di Bandar Baru Kota Samarahan.

“Suspek memperoleh hasil jualan RM600 dan sebanyak RM150 diberi kepada rakan sejenayah, turut dirampas ialah serangkai kunci beserta alat kawalan jauh dan sebuah kereta jenis Nissan Grand Livina warna putih.

“Suspek turut mengaku mengambil dadah jenis methamphetamine pada malam sebelum ditangkap dan ditahan di lokap Balai Polis Kota Samarahan untuk siasatan lanjut,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan