Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Elvis Empari ketika ditemui TVS di Majlis Penyampaian Hadiah 12th Miri City AutoFest 2025 di Majlis Bandaraya Miri (MBM), di sini, pada Ahad.

Kenyalang Saga Owner Club aktif lakukan kerja kebajikan, kemasyarakatan

ByTasha Jenkins Likan Anak Siti

MIRI, 20 April: Kenyalang Saga Owner Club (KSOC) sebuah kelab kenderaan yang berpangkalan di Sarawak, bukan sahaja mengumpulkan pemilik kenderaan Saga, malah turut giat menjalankan kerja-kerja kebajikan dan kemasyarakatan.

Ketuanya, Elvis Empari berkata, KSOC yang kini dianggotai lebih 100 ahli dari pelbagai kawasan seperti Bintulu, Miri dan Kuching telah memainkan peranan penting dalam memberi bantuan kepada mangsa bencana seperti banjir dan kebakaran.

“Kami tak sekadar berkumpul untuk aktiviti permotoran. Bila ada bencana seperti banjir atau kebakaran, kami akan turun padang membantu dari segi tenaga dan juga sumbangan keperluan asas. Kalau ada penduduk yang susah, kami pun akan bantu,” katanya ketika ditemui TVS di Majlis Penyampaian Hadiah 12th Miri City AutoFest 2025 di Majlis Bandaraya Miri (MBM), di sini, pada Ahad.

Dana bagi menampung aktiviti kebajikan ini diperoleh daripada sumbangan tahunan ahli kelab sebanyak RM30 setiap seorang dan kutipan ini dilaksanakan secara kolektif dan digunakan sepenuhnya untuk tujuan kemasyarakatan.

“Kami kumpul dana setiap tahun melalui jualan khas, dan duit itulah kami gunakan untuk bantu orang yang memerlukan,” katanya lagi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan