Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jalan akses baharu menghubungkan kawasan selatan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching yang kini dalam proses pembinaan. Foto JKR Sarawak

Jalan akses ke selatan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching siap hujung Jun 2025

BySaibi Gi

KUCHING, 21 April: Pembinaan jalan akses baharu yang menghubungkan kawasan selatan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dijangka siap sepenuhnya menjelang penghujung Jun 2025.

Menurut kenyataan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak menerusi hantaran di Facebook, kemajuan fizikal projek kini telah mencapai 92.38 peratus.

“Projek ini bakal menjadi laluan alternatif yang penting, menghubungkan Samarahan ke Kuching,” menurut kenyataan tersebut.

Fasa pembinaan melibatkan pembinaan jalan empat lorong dua hala sepanjang satu kilometer yang menghubungkan persimpangan T Stutong ke persimpangan T Stampin.

Selain itu, turut dibina jalan dua lorong dua hala sepanjang 5.2 kilometer dari persimpangan T Stampin ke persimpangan T Bukit Berangan, serta sambungan sejauh 1.7 kilometer dari persimpangan T Stampin ke persimpangan T Sungai Tapang.

Projek ini turut merangkumi pembinaan tiga jambatan merentasi Sungai Kuap, Sungai Stampin, dan Sungai Sangkoh.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan