Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
KDN akan menawarkan lebih banyak keistimewaan termasuk diskaun saman trafik lebih tinggi kepada pemegang MyDigital ID. Foto, IPD Kanowit.

Insentif diskaun saman trafik lebih tinggi menerusi MyDigital ID

KUALA LUMPUR, 21 April: Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan menawarkan lebih banyak keistimewaan termasuk diskaun saman trafik lebih tinggi kepada pemegang MyDigital ID.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, perkara itu merupakan antara inisiatif dilakukan KDN untuk terus menggalakkan pendaftaran.

“Kalau potongan biasa itu (diskaun sebanyak) 50 peratus, siapa yang hadir dengan Digital ID, dia daftar dulu, kita bagi dia lagi, katakanlah 55 peratus, tambah lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri PDRM di ibu negara di sini hari ini.

Sementara itu Saifuddin Nasution turut memaklumkan, pindaan terhadap Akta Pendaftaran Negara pula akan dibentangkan di Parlimen dalam masa terdekat selepas diluluskan pada peringkat dasar oleh Jemaah Menteri.

“(Di) Parlimen kita akan pinda Akta Pendaftaran Negara tidak lama lagi, (kerana) Kabinet sudah luluskan peringkat dasar, sekarang sedang buat matrik pindaan,” katanya

Sehubungan itu beliau menyeru orang ramai agar segera mendaftar sebagai persediaan menghadapi transformasi sistem penyampaian perkhidmatan awam dan swasta yang lebih cekap serta efisien.

“Walaupun pendaftaran MyDigital ID telah mencecah jutaan, tahap penyertaan masih belum mencapai sasaran yang diinginkan,” katanya.

MyDigital ID merupakan inisiatif kerajaan untuk menyediakan penyelesaian identiti digital yang selamat, dipercayai dan mudah digunakan.

Sistem ini tidak menyimpan sebarang data peribadi dan tidak menggantikan fungsi MyKad sebaliknya ia mengesahkan identiti pengguna secara langsung melalui pangkalan data kerajaan dan membolehkan akses ke pelbagai aplikasi serta portal dalam talian dengan hanya satu kata laluan. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan