Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pemain skuasy negara Ng Eain Yow. Foto fail Bernama

Eain Yow cipta sejarah, kini dalam kelompok 10 terbaik dunia

ByBernama

KUALA LUMPUR, 21 April: Pemain skuasy negara Ng Eain Yow mencipta sejarah tersendiri apabila buat kali pertama dalam kariernya menempatkan diri dalam kelompok 10 terbaik dunia.

Berdasarkan kedudukan terbaharu di laman web rasmi psasquashtour.com, pemain berusia 27 tahun itu naik satu anak tangga ke ranking ke-10 dunia dengan mengumpul 559 mata.

“Berita gembira! Yow kini dalam kelompok 10 terbaik buat kali pertama! Ayuh!!!” kata Timbalan Presiden Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM) Sharon Wee menerusi mesej ringkas WhatsApp.

Eain Yow menjadi pemain ketiga negara berada dalam kelompok10 terbaik dunia selepas Ong Beng Hee yang pernah menduduki ranking ketujuh dunia pada 2001 dan Azlan Iskandar yang mencapai kedudukan ke-10 pada 2011.

Ranking dunia kini diterajui pemain Mesir Mostafa Asal dan Ali Farag dan Diego Elias dari Peru. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan