BINTULU, 21 April: Dua mangsa melecur dalam kebakaran yang memusnahkan rumah pekerja di Jalan Kidurong, Tanjung Kidurong di sini, awal pagi tadi.
Komander Operasi, Abdullah Sedi berkata, mangsa terbabit iaitu Pudai Sumbang berusia 59 tahun dan Irwin Indang berusia 17 tahun melecur pada bahagian badan dan tangan dalam kebakaran itu.
Menurutnya, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 4.42 pagi dengan menggerakkan lapan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kidurong dan BBP Bintulu ke lokasi kejadian.
“Setibanya di lokasi kejadian, kebakaran melibatkan sebuah rumah struktur tidak kekal telah terbakar keseluruhan.
“Didapati terdapat dua orang mangsa iaitu seorang perempuan dan lelaki cedera, melecur pada bahagian badan dan tangan dalam kebakaran tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya,mangsa telah dibawa ke hospital dengan menggunakan ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.
“Kesemua mangsa keluar menyelamatkan diri sebelum pihak bomba sampai ke lokasi kejadian.
“Anggota membuat pemadaman dengan mengunakan satu aliran hos, 200 kaki, dua nozel, pam jentera, sumber air daripada water tanker BBP Bintulu,” ujarnya.
Katanya, masalah operasi pemadaman ialah tiada pili bomba berhampiran di lokasi.- TVS