Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Pegawai Eksekutif Bintulu Port Holdings Berhad, Ruslan Abdul Ghani

BPHP umum dividen RM69 juta atau 15 sen sesaham

KUCHING, 21 Apr: Bintulu Port Holdings Berhad (BPHB) mengumumkan dividen sebanyak RM69 juta atau 15 sen sesaham kepada pemegang saham susulan prestasi kewangan kukuh tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024.

Pengumuman itu dibuat semasa Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-29 syarikat itu hari ini yang turut menyaksikan kesemua resolusi diluluskan oleh para pemegang saham.

Memetik laporan Suara Sarawak, Ketua Pegawai Eksekutif Bintulu Port Holdings Berhad, Ruslan Abdul Ghani berkata, BPHB mencatatkan hasil kumpulan sebanyak RM888.47 juta meningkat 8.13 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Menurutnya, jumlah keseluruhan kargo yang dikendalikan juga meningkat kepada 51.94 juta tan metrik sekali gus menetapkan penanda aras baharu bagi prestasi operasi kami.

“Trafik vesel pula mencatatkan rekod tertinggi sebanyak 8,026 panggilan, yang terus mengukuhkan kedudukan Pelabuhan Bintulu sebagai hab logistik maritim yang penting di rantau ini.

“Pencapaian ini dipacu oleh pengurusan operasi yang cekap, pelaburan dalam digitalisasi dan infrastruktur pelabuhan,” katanya menerusi siaran media selepas menghadiri AGM BPHB di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, BPHB turut giat melaksanakan pelbagai inisiatif infrastruktur dan pertumbuhan strategik termasuk projek Borneo Oil and Gas Supply Base (BOGSB) yang menjadi tonggak utama menjadikan Sarawak sebagai hab logistik tenaga luar pesisir serantau.

Ruslan berkata, BPHB juga menekankan kepentingan keterlibatan bersama pemegang taruh, dengan meneruskan pelaksanaan program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR).

Sejajar dengan peralihan ke arah digitalisasi katanya, BPHB memperkukuh agenda transformasi digital pada 2024 melalui pelbagai inisiatif berasaskan teknologi sebagai usaha menjadikan pelabuhan lebih pintar dan cekap dari segi operasi.

BPHB juga dalam proses mengaktifkan kawasan Zon Bebas di Pelabuhan Bintulu dan Pelabuhan Perindustrian Samalaju bagi merangsang pelaburan baharu dan memudahkan perdagangan.

“Kerja-kerja naik taraf Terminal Kontena Antarabangsa Bintulu (BICT) turut dijalankan agar setara dengan piawaian antarabangsa dari segi kecekapan, kelincahan dan kelestarian.

“BPHB kini membangunkan infrastruktur Penangkapan dan Penyimpanan Karbon (CCS) di kedua-dua pelabuhan utama yang dijangka menjadi komponen penting dalam pelaksanaan pelan dekarbonisasi negara.

“Langkah itu turut mengukuhkan peranan BPHB sebagai pemacu utama dalam pengurusan karbon serantau dan logistik tenaga mampan,” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan