Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Fatimah Abdullah menerima cenderamata daripada Pengasas Bersama AWLUC Tan Sri Zarinah Anwar dalam sambutan Hari Wanita Antarabangsa (IWD) 2025. Foto Suara Sarawak

Anugerah khas diperkenal perkasa wanita

KUCHING, 21 Apr: Anugerah khas bakal diperkenalkan pada Sambutan Hari Wanita Peringkat Negeri Sarawak akan datang bagi mengiktiraf organisasi yang mengamalkan dasar mesra wanita di tempat kerja.

Memetik laporan Suara Sarawak, Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, langkah tersebut diambil kerana terdapat organisasi dan badan korporat melaksanakan dasar mesra wanita termasuk pengaturan waktu kerja fleksibel serta keselamatan di tempat kerja.

“Tahun ini, kami rasa sudah tiba masanya untuk memberi penghargaan dengan inisiatif tersebut secara rasmi,” katanya ketika berucap pada majlis sambutan Hari Wanita Antarabangsa (IWD) 2025 di Hotel Imperial, di sini, hari ini.

Beliau menjelaskan, pengenalan anugerah tersebut juga merupakan sebahagian daripada usaha berterusan untuk melestarikan pemerkasaan wanita di Sarawak.

“Dari segi tenaga kerja, wanita kini membentuk lebih 47 peratus daripada keseluruhan tenaga kerja di Sarawak dan jumlah ini dijangka lebih tinggi apabila penyertaan mereka dalam sektor tidak formal turut diambil kira,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau berkata, kepentingan pendekatan menyeluruh melibatkan pelbagai pihak dalam menjayakan agenda pemerkasaan wanita di Sarawak turut diberi perhatian.

Mengulas tentang sambutan Hari Wanita Antarabangsa, Fatimah menjelaskan, ia bukan sekadar perayaan tetapi satu pergerakan berterusan yang menuntut kesaksamaan sebagai hak bukannya keistimewaan.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan