Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Malcom Mussen Lamoh melancarkan Anugerah Kecemerlangan Industri Premier Sarawak 2025 di Kuching, hari ini. Foto Zaim Zharfan (TVS)

Anugerah Kecemerlangan Industri Premier Sarawak iktiraf kecemerlangan industri Sarawak

ByWilly Jali

KUCHING, 21 April: Anugerah Kecemerlangan Industri Premier Sarawak (PSIEA) 2025 terus mengukuhkan peranannya sebagai penanda aras tertinggi kecemerlangan industri di negeri ini setaraf standard Anugerah Kecemerlangan Industri (AKI) di peringkat kebangsaan.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, penganjuran PSIEA mencerminkan piawaian tinggi dan prestij yang diberikan kepada para penerima sekali gus memastikan industri Sarawak kekal setaraf di peringkat nasional dan antarabangsa.

“PSIEA merupakan pengiktirafan peringkat kebangsaan seperti Anugerah Kecemerlangan Industri (AKI). Ia juga menunjukkan tahap piawaian yang tinggi yang dikekalkan oleh anugerah ini dan prestij yang diberikan kepada para penerimanya.

“PSIEA bukan sahaja berfungsi sebagai platform pengiktirafan tetapi juga sebagai pemangkin untuk meningkatkan daya saing industri dan memupuk pembangunan ekonomi mampan di Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapan yang dibacakan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak, Datuk Malcom Mussen Lamoh pada Majls Pelancaran Anugerah Kecemerlangan Industri Premier Sarawak 2025 (PSIEA) di sini, hari ini.

Sementara itu, Presiden Persekutuan Perniagaan Sarawak (SBF), Dato Sri Abang Abdul Karim Tun Openg menyatakan bahawa penganjuran edisi kelima PSIEA pada tahun ini merupakan satu platform pengiktirafan kecemerlangan perniagaan paling berprestij di peringkat negeri.

“Anugerah ini memberi penghargaan kepada perniagaan yang dipacu oleh nilai-nilai murni serta matlamat yang jelas.

“Dengan mengiktiraf pencapaian mereka, kami berharap dapat menyemai generasi baharu ‘juara’ perniagaan yang akan mengangkat kedudukan Sarawak di peringkat serantau dan global,” ujarnya.

Mengangkat tema “Alam Sekitar, Kelestarian, Kemakmuran Ekonomi dan Masyarakat Inklusif,” PSIEA 2025 kali ini merupakan anjuran Persekutuan Perniagaan Sarawak (SBF), dengan kerjasama Kerajaan Sarawak dan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC).

Anugerah Kecemerlangan Industri Premier Sarawak (PSIEA) merupakan anugerah tertinggi peringkat negeri yang diadaptasi daripada Anugerah Kecemerlangan Industri (AKI) iaitu anugerah pengiktirafan industri peringkat kebangsaan.

AKI telah diperkenalkan oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) pada tahun 1991 untuk memupuk budaya keusahawanan dan inovasi dalam penciptaan nilai. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan