Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Lukanisman Awang Sauni menjadi individu ke-121 untuk pengambilan sampel dalam projek MyGENOM hari ini. Foto Ahnaf Tuah (TVS)

1,000 sampel darah sihat dikumpul di Sarawak

BySalasiah Safian

MIRI, 21 April: Sebanyak 1,000 sampel darah sihat daripada pelbagai kumpulan komuniti dan etnik di Sarawak dikumpul untuk data bank genetik menerusi Program MyGENOM yang diperluaskan ke wilayah ini.

Timbalan Menteri Kesihatan, Dato Lukanisman Awang Sauni berkata, bermula seminggi di Miri, program tersebut berjaya mengumpul 121 sampel setakat ini.

“Memandangkan Sarawak merupakan sebuah negeri yang kaya dengan kepelbagaian genetik, budaya dan warisan komuniti, komuniti Bumiputera di Sarawak masih kurang diwakili dalam kajian genomik terdahulu.

“Oleh itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang berusaha untuk memastikan keterlibatan dan perwakilan penduduk Sarawak dalam genom rujukan kebangsaan yang akan dibangunkan di bawah Projek MyGENOM agar hasil kajian, dasar dan intervensi kesihatan yang dihasilkan benar-benar inklusif, tepat serta relevan untuk semua rakyat Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan Pengumpulan Data Kajian MyGENOM untuk Sarawak di sini hari ini.

Menurutnya, sebanyak enam fasiliti kesihatan di Sarawak dikenal pasti untuk pengumpulan sampel seperti di Miri, Lawas, Bintulu, Mukah, Sibu dan akan berakhir di Hospital Umum Sarawak di Kuching.

Sementara itu, Lukanisman berkata, KKM berharap ada peningkatan peruntukan di bawah Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13)bagi meneruskan fasa kedua projek tersebut.

“Kosnya (Program MyGENOM) melibatkan kepakaran, logistik, keperluan peralatan dan kos yang digunakan sangat tinggi,” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan