Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang wanita berusia 45 tahun berdepan detik cemas selepas kereta dipandu terbabas ke dalam semak di Kampung Kara Lachau, Sri Aman, awal pagi tadi. Foto JBPM

Wanita berdepan detik cemas, kereta dipandu terbabas dalam semak

SRI AMAN, 20 April: Seorang wanita berusia 45 tahun berdepan detik cemas selepas kereta dipandu terbabas ke dalam semak di Kampung Kara Lachau di sini, awal pagi tadi.

Komander Operasi, Mosihi Buang berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 2.48 pagi dengan menggerakkan tujuh anggota Bălai Bomba dan Penyelamat (BBP ) Sri Aman ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian didapati berlaku kemalangan kendiri melibatkan kenderaan Perodua Viva terbabas sendiri ke dalam semak.

“Mangsa telah berjaya dikeluarkan oleh orang awam dan tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, tiada operasi penyelamatan dilakukan kerana mangsa dalam keadaan selamat dan pihak bomba bertolak balik ke balai setelah pasti keadaan selamat sepenuhnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan