Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tiga kenderaan terbabit dalam kemalangan di Bukit Punda, Jalan Pan Borneo Serian - Simunjan di sini, petang tadi. Foto JBPM

Tiga kenderaan kemalangan di Jalan Pan Borneo Serian-Simunjan

SERIAN, 20 April: Tiga kenderaan terbabit dalam kemalangan di Bukit Punda, Jalan Pan Borneo Serian – Simunjan di sini, petang tadi.

Komander Operasi, Nasihin Jaum berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu jam 4.21 petang dengan menggerakkan lima anggota Balai Bomba dan Penyelamat(BBP) Serian ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian, didapati kemalangan melibatkan kenderaan Perodua Axia, Proton Saga dan sebuah lori 20 tan.

“Terdapat tiga orang mangsa yang berada di kenderaan Perodua Axia dan kesemua mangsa telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pihak bomba di lokasi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, mangsa yang berada di kenderaan Proton Saga dan lori tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Seorang mangsa dibawa oleh pihak ambulans KKM dari Klinik Balai Ringin manakala dua lagi mangsa dibawa oleh EMRS ke Hospital Serian untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.

“Tiada operasi penyelamatan dijalankan dan mangsa hanya mengalami cedera ringan,” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan