Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian merasmikan Bengkel Kadaver UNIMAS 2025 hari ini. Foto UNIMAS

Syarikat swasta diseru melabur dalam pembangunan kesihatan di Sarawak

ByAsmah Adenan

KOTA SAMARAHAN, 20 April: Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian menyeru agar lebih banyak syarikat swasta untuk tampil dan melabur dalam pembangunan kesihatan di wilayah ini.

Beliau yang juga Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu berkata, Sarawak mempunyai keistimewaan dari segi bentuk geografinya, selain mempunyai pengurusan sumber tenaga yang mampan.

“Kami sentiasa mengalu-alukan semua orang untuk datang dan melabur ke Sarawak kerana kita di sini tiada gempa bumi, tiada kejadian ribut taufan, kita dikelilingi tenaga hijau dan mempunyai tenaga bersih yang mampan.

“Selain itu, rakyat di Sarawak juga sangat mesra. Jadi tidak ada sebab untuk anda tidak melabur ke Sarawak. Ia membolehkan Sarawak menjadi sebuah kota pendidikan metropolis kesihatan,” katanya.

Beliau berucap pada Majlis Perasmian Bengkel Kadaver UNIMAS 2025, di sini hari ini.

Terdahulu, seramai 200 peserta dari dalam dan luar negara telah menyertai bengkel yang diadakan selama dua hari itu.  -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan