Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Francis Harden menerima cenderamata daripada pihak penganjur pada Majlis Makan Malam PIBG SK Saint Lawrence (M) Sabu. Foto Suara Sarawak

Sokong anak belajar di universiti tempatan

SIMANGGANG, 20 Apr: Ibu bapa perlu menyokong anak-anak melanjutkan pelajaran di universiti tempatan kerana kos pengajian dibiayai Kerajaan Sarawak.

Memetik laporan Suara Sarawak, Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Francis Harden Hollis berkata, mulai tahun hadapan, Kerajaan Sarawak akan menyediakan pendidikan percuma di institusi pengajian seperti Swinburne University of Technology, Universiti Teknologi Sarawak (UTS), Curtin University, Kolej Universiti i-CATS dan Pusat Kecemerlangan Teknologi Sarawak (CENTEXS).

“Sehubungan itu, ibu bapa harus mengambil peluang ini dengan memberi sokongan kepada anak masing-masing untuk memilih universiti tempatan.

“Ini kerana beban kewangan bagi pelajar akan ditanggung Kerajaan Sarawak dan tidak ada alasan untuk tidak mampu menghantar anak-anak belajar ke peringkat universiti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Makan Malam Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Saint Lawrence (M) Sabu di sini malam tadi.

Francis yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang menyeru guru dan ibu bapa bekerjasama dalam memastikan kecemerlangan anak-anak.

“Di pihak kerajaan, kita menekankan kepentingan pendidikan secara keseluruhan termasuk memperkasakan tenaga pengajar dan memberi pendedahan kepada anak-anak tentang pembelajaran alaf baharu,” ujarnya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan