Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Mohammad Razi Sitam bergambar bersama pemenang kategori lelaki. Foto TVS

RM600,000 bagi naik taraf Pusat Sukan Riveria Debak – Razi

DEBAK, 20 April: Sebanyak RM 600,000 diluluskan bagi tujuan menaik taraf Pusat Sukan Riveria Debak,” kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Mohammad Razi Sitam.

Katanya, projek di bawah Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) itu dijangka akan dimulakan selewat-lewatnya pada penghujung tahun ini.

“Kita jangkakan projek Maik taraf ini akan mula dilaksanakan pada peghujung tahun ini,” katanya ketika ditemui selepas menyempurnakan Majlis Penutupan Kejohanan Futsal Piala Belia Terbuka Lelaki Bawah 30 Tahun (U30) 2025 di Pusat Sukan Riveria Debak hari ini.

Mengulas penganjuran kejohanan futsal di Debak, beliau juga ADUN Saribas berkata, ia amat penting terutamanya bagi pembangunan bakat-bakat baharu sukan futsal di Sarawak.

“Untuk itu, keterlibatan badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan kelab-kelab adalah amat kita sanjungi dan hargai dalam usaha ini,” ujarnya.

Kejohanan Piala Kelab Belia Pekan Debak bagi kategori lelaki dan Piala Laser Light bagi kategori wanita telah berlangsung selama tiga hari bermula 18 April lepas.

Dua kejohanan berprestij itu telah berjaya menghimpunkan seramai 41 pasukan dengan masing-masing sebanyak 25 pasukan kategori lelaki dan 16 kategori wanita.

Bagi kategori lelaki, Pasukan Scarlow FT muncul juara setelah menewaskan Pasukan Bawah Bayu dari Sabah menerusi jaringan 2-1.

Sementara bagi kategori wanita, Pasukan Eight United berjaya bergelar juara setelah menewaskan Tidal Bore 1-0.

Juara kategori lelaki membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM2,000 beserta piala dan pingat manakala kategori wanita wang tunai sebanyak RM1,200 juga beserta piala dan pingat.-TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan