Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pemain pasukan Shaheen 7s dari Emiriah Arab Bersatu (UEA) meraikan kemenangan mereka selepas menjuarai Kejohanan KLK Borneo 7s edisi ke- 20 hari ini. Foto Bernama

Ragbi: Kelab UAE, China ungguli kejohanan KLK Borneo Sevens 2025

ByBernama

SANDAKAN, 20 April:  Kejohanan KLK Borneo Sevens 2025 yang berakhir hari ini menyaksikan kedua-dua gelaran bagi kategori lelaki dan wanita dimenangi oleh pasukan yang kali pertama menyertainya.

Dalam perlawanan akhir yang mendebarkan di Kelab Ragbi Eagles, di sini pasukan Shaheen 7s dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) muncul juara kategori lelaki selepas menewaskan pasukan tuan rumah Borneo Eagles manakala Hua Gan Guo Ji RC dari China menundukkan Borneo Flyers untuk merangkul gelaran kategori wanita.

Wakil pasukan Shaheen 7s Sultan Ahli menyifatkan pengalaman menyertai kejohanan itu sebagai sangat bemakna meskipun berdepan saingan sengit, membuktikan bahawa mereka hadir bukan sekadar melengkapkan penyertaan, tetapi benar-benar untuk bersaing secara kompetitif.

Sementara itu, pemain Hua Gan Guo Ji RC Wang XinYao menyatakan rasa bangga atas kejayaan itu dan menyifatkannya sebagai satu penghormatan untuk beraksi dalam kejohanan berkenaan serta memuji kerja keras rakan sepasukan sehingga mereka muncul juara.

Shaheen 7s bangkit garang pada separuh masa kedua, memperoleh mata awal dan memastikan kemenangan menerusi try pada saat-saat akhir, menewaskan Eagles dengan keputusan 24-19. Hua Gan Guo Ji RC pula mempamerkan aksi bertenaga apabila menundukkan Borneo Flyers 22-10.

Ahli Parlimen Sandakan Vivian Wong telah menyampaikan hadiah kepada para pemenang dengan pasukan Shaheen 7s dan Hua Gan Guo Ji RC masing-masing membawa pulang Trofi Cabaran serta wang tunai USD5,000 manakala naib juara Borneo Eagles dan Borneo Flyers masing-masing menerima USD2,000.

Sementara itu, pengerusi penganjur merangkap Presiden Kelab Ragbi Eagles Sandakan Vela Tan memuji persembahan pasukan-pasukan yang julung-julung kali menyertai kejohanan itu, khususnya Shaheen 7s.

“Ini mungkin penyertaan pertama UAE di rantau ini  dan mereka telah menunjukkan prestasi yang luar biasa. Tahniah kepada mereka,” katanya.-TVS

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan

No data was found