Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Presiden Rusia Vladimir Putin. Foto fail AFP

Putin umum gencatan senjata 30 jam sempena Easter

ByBernama

MOSCOW, 20 April: Presiden Rusia Vladimir Putin pada Sabtu mengumumkan gencatan senjata sempena Easter bermula 6:00 petang waktu Moscow (3:00 petang GMT) Sabtu hingga tengah malam Ahad, lapor agensi berita Sputnik.

“Berdasarkan pertimbangan kemanusiaan, hari ini (Sabtu) dari 6:00 petang hingga 12:00 tengah malam Ahad ke Isnin, pihak Rusia mengisytiharkan gencatan senjata Easter.

“Saya mengarahkan semua operasi ketenteraan dihentikan sepanjang tempoh ini,” kata Putin dalam pertemuan bersama Ketua Turus Angkatan Tentera Rusia, Valery Gerasimov.

Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa tentera Rusia mesti bersedia menghadapi sebarang pelanggaran gencatan senjata dan provokasi dari pihak Ukraine.

Rusia menjangkakan pihak Ukraine akan mengambil langkah serupa dan menghentikan pertempuran sepanjang tempoh gencatan senjata Easter ini, kata Presiden Rusia itu.

Sementara itu, Anadolu Ajansi melaporkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Sabtu mengambil maklum pengumuman Rusia mengenai gencatan senjata sementara sempena Easter di Ukraine.

“Kami secara konsisten menyeru agar diwujudkan gencatan senjata yang berkekalan di Ukraine serta mengulangi sokongan terhadap usaha bermakna ke arah keamanan yang adil, berkekalan dan menyeluruh yang menjunjung sepenuhnya kedaulatan, kemerdekaan dan keutuhan wilayah Ukraine, selaras dengan Piagam PBB, undang-undang antarabangsa serta resolusi PBB yang berkaitan,” kata Stephane Dujarric dalam satu kenyataan susulan pengumuman oleh Presiden Rusia, Vladimir Putin.

Sebagai reaksi terhadap pengumuman itu, Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy berkata Kyiv akan mengambil tindakan serupa. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan