Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Len Talif Salleh menyerikan Majlis Jamuan Aidilfitri 2025 Persatuan Pesara Kerajaan Sarawak (PPS) bersempena Mesyuarat Agung Tahunan PPS kali ke-51, di Kuching pada Sabtu, malam. Foto Len Talif Salleh (Facebook).

Pengalaman pesara bernilai tinggi

KUCHING, 20 Apr: Pengalaman luas pesara amat bernilai dan wajar dimanfaatkan bagi membantu kerajaan melaksanakan agenda pembangunan Sarawak.

Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh berkata, pesara merupakan rakan strategik kerajaan yang memainkan peranan penting sebagai penyampai maklumat dan penghubung antara kerajaan dengan rakyat.

Malah menurutnya, mereka juga boleh menjadi mata dan telinga kerajaan dalam menyalurkan maklum balas terhadap prestasi perkhidmatan awam.

“Dalam era digital hari ini, rakan-rakan pesara tidak terkecuali dalam penggunaan media sosial sebagai medium komunikasi yang pantas dan berkesan.

“Diharapkan penggunaannya dilakukan secara berhemah agar menjadi saluran komunikasi bermanfaat dan mengeratkan silaturahim,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Jamuan Aidilfitri 2025 Persatuan Pesara Kerajaan Sarawak (PPS) bersempena Mesyuarat Agung Tahunan PPS kali ke-51, di sini semalam.

Menurutnya, tempoh persaraan bukanlah satu penamat sebaliknya lembaran baharu yang membuka peluang untuk pesara terus menyumbang kepakaran dan ilmu kepada masyarakat terutamanya generasi muda.

“Saya merakamkan tahniah kepada barisan kepimpinan baharu PPS yang diketuai oleh Datu Mohamed Sepuan Anu sebagai presiden baharu bersama ahli jawatankuasa lain.

“Diharapkan kesinambungan legasi terdahulu diteruskan dengan pembaharuan yang lebih bermakna dan inklusif,” ujarnya.

Len berkata, Kerajaan Sarawak terus menyokong inisiatif memperkasa warga emas khususnya dalam aspek kesihatan, penyediaan kemudahan awam mesra warga emas dan galakan keterlibatan sosial secara aktif.

Antara inisiatif yang diteruskan adalah program Kenyalang Gold Card (KGC).

Turut hadir mantan Presiden PPS, Julaihi Ismail, Bujang Boji Sitam dan Mohd Speri Abdul Karim. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan