DARO, 20 April: Seorang penduduk di Kampung Pantray di sini, terkejut apabila kail yang dipasangnya disentap anak buaya.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Daro, LT. (PA) Ra’idah Jomi berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam berhubung kes itu jam 6.02 petang semalam.
“Seekor anak buaya sepanjang empat kaki tersangkut pada mata kail yang dipasang penduduk di sungai kampung itu.
“Sepasukan lima anggota APM Daro bergegas ke lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, anak buaya tersebut berjaya ditangkap dengan menggunakan teknik menjerut.-TVS