Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin merasmikan Projek Perumahan Ardence Cahya, hari ini. Foto Salasiah Safian (TVS)

Pemaju perumahan perlu lebih telus

BySalasiah Safian

MIRI, 20 Apr: Pemaju perumahan perlu lebih terus dalam urusan jual beli rumah dan meletakkan diri mereka di tempat pembeli.

Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin berkata, sekiranya setiap pemaju perumahan mematuhi piawaian ditetapkan, ia dapat mengelak sebarang aduan daripada pembeli.

“Saya berharap semua pemaju perumahan bertanggung jawab dan menganggap diri anda sebagai pembeli. Sebagai pemaju, anda mesti memikirkan pembeli, orang yang membeli rumah anda. Jika anda membeli rumah dan jika anda menghadapi masalah seperti itu, apakah perasaan anda?

“Jadi, pemaju mesti meletakkan diri mereka dalam kedudukan pembeli dan anda mesti memastikan anda memenuhi semua spesifikasi dalam pelan bangunan anda. Itu sangat penting. Anda tidak sepatutnya melakukan projek tersebut secara sembarangan untuk menjimatkan masa atau wang. Saya rasa itu sangat tidak bertanggungjawab. Saya rasa kita mesti beretika,” katanya.

Kim Shin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin berkata demikian ketika merasmikan Projek Perumahan Ardence Cahya di sini, hari ini.

Menurutnya, pemaju perumahan yang bertanggungjawab akan membuatkan pembeli gembira dan ini akan menunjukkan kredibiliti pemaju perumahan tersebut.

Dalam pada itu, beliau turut menggalakkan pemaju perumahan menyediakan persekitaran hidup yang sihat termasuk menyediakan kemudahan seperti taman permainan dan tempat rekreasi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan