KUCHING, 20 Apr: Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Pulau Bruit menganjurkan Majlis Ramah Mesra Aidilfitri 2025 pada Sabtu.
Pengerusi PPDK Pulau Bruit, Masni Mahdi berkata, majlis tersebut bukan sahaja untuk meraikan Aidilfitri tetapi memperkukuh jaringan sokongan sosial bersama komuniti Orang Kelainan Upaya (OKU).
“Majlis ini bertujuan mengeratkan silaturahim dalam kalangan warga PPDK, keluarga, masyarakat setempat selain menyemai nilai kasih sayang dan penerimaan terhadap golongan OKU,” katanya.
Menurutnya, dengan adanya pelbagai aktiviti menarik yang diadakan ia secara tidak langsung mencungkil bakat dan kemahiran golongan OKU.
“Kami menyediakan pelbagai aktiviti menarik seperti pertandingan karaoke, pertandingan busana terbaik, cabutan bertuah dan sumbangan duit raya,” ujarnya.
Beliau berharap program seperti itu memberi kesan positif dan mendatangkan faedah dalam mencungkil bakat serta kebolehan komuniti individu OKU.-TVS