Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Ibrahim Baki beramah mesra dengan orang ramai yang menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri Zon 4 PBB Satok yang diadakan di Gelanggang Futsal Kampung Sungai Maong

Kemudahan di Kampung Sungai Maong, Segedup dinaik taraf

KUCHING, 20 Apr: Beberapa projek naik taraf kemudahan diluluskan di Kampung Sungai Maong dan Kampung Segedup yang terletak di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Satok.

Timbalan Menteri Utiliti (Sarawak Energy dan PETROS) Dato Ibrahim Baki berkata, kerja naik taraf tersebut melibatkan gelanggang futsal, dewan komuniti dan sistem perparitan.

“Gelanggang futsal ini sebenarnya sudah berada dalam keadaan baik namun kita akan menaik tarafnya dan peruntukan sebanyak RM285,000 diluluskan bulan lalu.

“Majlis Perbandaran Padawan (MPP) akan menjadi agensi pelaksana dan kita ada Ahli Majlis MPP iaitu Samsudin Sapri di sini yang akan membantu mempercepatkan projek ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Sambutan Aidilfitri Zon 4 PBB Satok yang diadakan di Gelanggang Futsal Kampung Sungai Maong pada Sabtu.

Ibrahim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok menjelaskan, beliau turut menerima permohonan daripada penduduk agar dewan komuniti dibangunkan di Kampung Sungai Maong.

“Saya menyokong cadangan tersebut, walaupun gelanggang futsal ini boleh digunakan sebagai dewan, ia tidak boleh digunakan ketika banjir. Namun begitu, terdapat kekangan dalam mencari tapak yang sesuai. Jika tapak dapat dikenal pasti, saya akan bantu untuk bina dewan tersebut,” ujarnya.

Bagi Kampung Segedup, beliau berkata, hampir setengah juta ringgit diluluskan bulan lalu untuk menaik taraf kemudahan di kampung tersebut.

“Dewan Haji Kamaruddin yang merupakan dewan komuniti di Kampung Segedup akan dinaik taraf. Pada masa sama, kita juga akan menaik taraf culvert di kawasan tersebut. Banyak kerja yang perlu dilakukan dan MPP akan menjadi agensi pelaksana,” jelasnya.

Pada masa sama, Ibrahim berkata, dana sedia ada akan digunakan untuk terus menambah baik kemudahan di kedua-dua kampung tersebut.

“Saya baru sahaja menerima surat daripada kerajaan untuk mengemukakan permohonan projek di bawah Program Transformasi Luar Bandar (RTP).

“Mungkin salah satu projek yang boleh kita manfaatkan adalah pembinaan dewan komuniti di Kampung Sungai Maong sekiranya ada tanah sesuai.

“Untuk Kampung Segedup, Setiausaha Politik Premier Sarawak, Abdul Samat Gany akan berbincang dengan ketua-ketua masyarakat mengenai kemudahan yang boleh disediakan di kampung tersebut,” kata Ibrahim.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan