Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jumlah mangsa banjir yang masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Johor dan pusat pemindahan kekal (PPK) di Sabah tidak berubah pagi ini. Foto TVS

Jumlah mangsa banjir di Johor, Sabah kekal

ByBernama

KUALA LUMPUR, 20 April: Jumlah mangsa banjir yang masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Johor dan pusat pemindahan kekal (PPK) di Sabah tidak berubah pagi ini.

Di JOHOR, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata jumlah mangsa yang masih berlindung di PPS Balai Raya Kampung Batu Badak, Segamat kekal 25 orang daripada sembilan keluarga hingga 8 pagi ini.

“Selain itu, kawasan yang masih lagi terjejas ialah Kampung Seberang Batu Badak dan Kampung Batu 5 Jalan Muar, ” katanya dalam kenyataan hari ini.

Azmi berkata hanya Sungai Muar di Buloh Kasap, Segamat, dilaporkan melebihi paras amaran dengan bacaan 8.56 meter iaitu trend menurun.

Beliau berkata cuaca di 10 daerah di Johor diramalkan cerah pagi ini.

Di SABAH, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan jumlah mangsa banjir di daerah Beaufort kekal 155 mangsa daripada 54 keluarga setakat pagi ini dan berlindung di PPK Selagon.

Sekretariat itu dalam kenyataan memaklumkan sebanyak enam kampung masih terjejas banjir di daerah itu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan