Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan bomba di lokasi kejadian pikap dihanyutkan arus deras pada hari Jumaat ketika jasad mendiang Dawellies ditemukan. Foto Bomba

Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak kehilangan pegawai komited

KUCHING, 19 April: Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak merakamkan ucapan takziah yang kepada Litun Ajip, isteri mendiang Dawellies Luing yang meninggal dunia dalam tragedi di Sungai Sengayan, Long Jekitan, Baram pada Ahad lepas.

Dalam hantaran di media sosial, jabatan itu menyifatkan pemergian Penyelia Asrama, SK Long Jekitan, Baram itu sebagai
kehilangan besar bukan sahaja kepada keluarga tercinta tetapi juga kepada seluruh komuniti yang mengenali dan menyayanginya.

“Jabatan ini kehilangan seorang pegawai yang komited dalam menjalankan tugas demi meningkatkan dan memartabatkan pendidikan di negeri Sarawak dan Malaysia.

“Kami mendoakan agar roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan di tempat yang penuh kedamaian,” menurut hantaran itu, hari ini.

Jasad Mendiang Dawellies Luing dijumpai pada Jumaat.

“Semoga keluarga yang ditinggalkan tabah dan diberikan kekuatan dalam menghadapi saat-saat sukar ini,” menurut hantaran itu lagi.

Mangsa bersama-sama anak perempuannya yang berusia sembilan tahun dilaporkan hilang pada Isnin lalu setelah dihanyut arus sungai ketika cuba menyeberangi Sungai Sengayan menggunakan sebuah pacuan empat roda.

Sehari selepas kejadian, mayat anaknya, Valerrie Mentie dijumpai oleh penduduk kampung. -TVS

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan

No data was found