Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ribuan rakyat Amerika Syarikat mengambil bahagian dalam protes besar-besaran terhadap dasar Presiden Donald Trump pada Sabtu, lapor agensi berita Jerman (dpa). Foto AFP

Gelombang baharu protes terhadap pentadbiran Trump di seluruh AS

ByBernama

WASHINGTON, 20 April: Ribuan rakyat Amerika Syarikat mengambil bahagian dalam protes besar-besaran terhadap dasar Presiden Donald Trump pada Sabtu, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Ratusan penunjuk perasaan berhimpun di hadapan Rumah Putih di Washington.

Mereka menuduh Trump memerintah secara autokratik dan mengusir warga asing tanpa melalui proses undang-undang yang sewajarnya.

Beberapa sepanduk kelihatan membawa tulisan seperti “No King”.

Penunjuk perasaan turut melaungkan slogan “Bring them home” secara berulang-ulang, merujuk kepada migran yang menurut mereka telah dihantar pulang secara tidak sah.

Seorang wanita dari Washington berkata dia menyertai perhimpunan itu kerana merasakan bahawa gerakan menentang Trump semakin berkembang dan dia mahu menjadi sebahagian daripadanya.

Seorang lelaki pula menyatakan bahawa sekiranya seorang individu seperti Kilmar Abrego Garcia — yang telah dihantar pulang ke El Salvador — boleh dinafikan haknya, maka rakyat lain juga tidak terkecuali daripada menghadapi nasib yang sama.

Abrego dilaporkan dihantar pulang oleh kerajaan tanpa sebarang perbicaraan, meskipun dia memiliki perlindungan sah.

Di New York, ratusan lagi berhimpun di hadapan Perpustakaan Awam New York.

Menurut ‘Washington Post’, demonstrasi turut berlangsung di banyak bandar-bandar lain.

Protes kali ini dianjurkan oleh sebuah kumpulan bernama 50501.

“Kami berusaha melindungi demokrasi daripada cengkaman autokrasi yang sedang berkembang di bawah pentadbiran Trump,” kata seorang daripada penganjur.

Protes besar-besaran pertama berlangsung dua minggu lalu, disertai puluhan ribu orang di pelbagai lokasi di seluruh AS. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan