Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gandingan mantap pemain Sri Pahang FC, Mykola Ahapov dan Sergio Fabian Aguero pada aksi terakhir Liga Super menentang Penang FC malam tadi berjaya memberi kemenangan bermakna buat pasukan itu. Foto Sri Pahang FC (FB)

Gandingan mantap Mykola, Aguero bantu Sri Pahang cipta kemenangan

ByBernama

TEMERLOH, 20 April: Gandingan mantap pemain Sri Pahang FC, Mykola Ahapov dan Sergio Fabian Aguero pada aksi terakhir Liga Super menentang Penang FC malam tadi berjaya memberi kemenangan bermakna buat pasukan itu.

Ketua Jurulatihnya Fandi Ahmad berkata ini kerana keserasian yang ditonjolkan dua penyerang import itu banyak membantu pasukan merobek pertahanan lawan sekali gus mencipta jaringan.

“Gandingan Mykola dan Aguero agak luar biasa pada malam ini dengan hantaran tepat mereka ketika menyerang. Penyudah Mykola di hadapan pintu gol lawan juga agak bagus, dia beraksi amat baik di posisi penyerang berbanding sayap yang diletakkan sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sejurus tamat perlawanan di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh di sini malam tadi yang menyaksikan Sri Pahang FC menang 3-2 ke atas Penang FC.

Fandi berkata secara keseluruhan terdapat peningkatan prestasi dalam kalangan pemainnya di atas padang hingga membolehkan mereka membawa pulang tiga mata berharga itu.

“Ada kelemahan ketara pada separuh masa pertama tetapi di babak kedua kita berjaya mengawal permainan.

“Penang FC merupakan sebuah pasukan yang sentiasa berkerja keras dan disebabkan itu aksi ini amat menarik apabila kita sering berbalas serangan dan gol,” katanya.

Sementara itu, pengendali Penang FC Wan Rohaimi Wan Ismail berkata beliau berpuas dengan persembahan anak buahnya meskipun bermula agak perlahan.

“Pasukan tidak beraksi seperti dua perlawanan terdahulu dan mereka memberi ruang pemain lawan mara ke kawasan kita. Gol yang dilepaskan kita pula seharusnya boleh dielakkan dan sedikit kelekaan itu dihukum dengan kekecewaan,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan