Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pembedahan pemindahan hati kali kedua itu memberi peluang kepada Muhammad Fayyadh Hadif berusia 4 tahun 3 bulan kembali sihat.

Fayyadh derita akibat kegagalan fungsi hati, bapa rayu sumbangan RM185,000

BySafri Ali

KUCHING, 20 April: Seorang bapa merayu sumbangan daripada orang ramai bagi membantu kos pembedahan anaknya sebanyak RM185,000 di Hospital Renji Shanghai China selepas menghidap penyakit kegagalan fungsi hati sejak lahir.

Masli Bojeng, 54, berasal dari Bau dan kini menetap di Kampung Jaie, Sadong Jaya berkata, hanya pembedahan pemindahan hati kali kedua itu memberi peluang kepada anak bongsu daripada tiga adik beradik, Muhammad Fayyadh Hadif berusia 4 tahun 3 bulan kembali sihat.

“Penyakit anak saya mula dikesan sewaktu umurnya dua bulan dan telah menjalani pembedahan pintasan saluran hati ke usus di Hospital Umum Sarawak (HUS) ketika umurnya empat bulan. Rawatan susulan seterusnya di HUS sehinggalah dirujuk ke Hospital Tunku Azizah, HKL, Kuala Lumpur untuk cadangan pemindahan hati.

“Anak saya telah menjalani pembedahan pertama iaitu pemindahan hati pada 29 Mac 2023 yang didermakan oleh isteri saya iaitu Hanifah Salam. Pembedahan kelima pada Disember 2024 dilakukan untuk memperbetulkan saluran darah namun tidak berjaya sehinggalah kami diberitahu pada Disember 2024 yang saluran darahnya telah tersumbat teruk dan hanya pemindahan hati sekali lagi perlu dilakukan,” katanya kepada TVS hari ini.

Namun, katanya, pembedahan itu perlu dilakukan di luar negara memandangkan tiada kepakaran di Malaysia buat masa ini, malah kali ini dia sendiri akan menjadi penderma hati kepada anaknya dan pembedahan itu akan dilaksanakan segera sekiranya kos yang diperlukan sudah mencukupi.

“Sebagai ketua keluarga, saya dan isteri telah memberikan yang terbaik untuk memastikan anak meneruskan kehidupan seperti kanak-kanak yang lain, kami tahu semangatnya tetap kuat mengharungi penyakit yang dialaminya kerana daripada 10 pesakit yang menghidapi penyakit seperti ini hanya dua daripada mereka yang selamat.

“Malah, untuk menyelamatkan anak saya dan isteri sanggup berhabis wang dan harta, mengeluarkan simpanan yang ada dan menjual tanah yang ada semata-mata demi anak kesayangan,” ujarnya yang bekerja di Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Sebuyau.

Sehubungan itu, Masli memohon sumbangan orang ramai bagi membantu meringankan beban dalam menjalani rawatan anaknya semasa dan selepas pembedahan pemindahan hati di negara China.

Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul, orang ramai yang dikurniakan dengan rezeki yang lebih boleh menyalurkan sumbangan kepada Masli Bojeng melalui akaun Maybank (111065196995).-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan