PETALING JAYA, 20 Apr: Malang menimpa bintang Selangor FC, Faisal Halim selepas difahamkan mengalamai kecederaan patah hidung dalam aksi menentang PDRM FC, malam tadi.
Aksi Liga Super yang berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Petang Jaya itu menyaksikan Faisal terpaksa dikeluarkan pada minit ke-55 selepas bertembung dengan ketua pasukan PDRM FC, Faith Obilor.
Difahamkan, Faisal berlaga dengan Obilor yang mana situasi itu menyebabkan hidungnya berdarah dan terpaksa mendapatkan rawatan.
Bagaimanapun, sehingga kini masih belum ada sebarang kenyataan rasmi daripada pihak kelab mengenai kecederaan menimpa Faisal itu.
Pada perlawanan terakhir liga itu, skuad Red Giants menang dengan keputusan 2-0.
Dua jaringan tuan rumah dihasilkan pada babak kedua menerusi Alvin Fortes di minit 49 dan Yohandry Orozco minit 92.-TVS