Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dua anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) direman selama enam hari di Mahkamah Majistret di sini hari ini bagi siasatan lanjut berhubung kes rasuah. Foto, SPRM.

Dua anggota URB direman kes terima rasuah RM1,500

GEORGE TOWN, 20 April: Dua anggota polis dari Unit Rondaan Bermotosikal (URB) direman selama enam hari oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini bagi membantu siasatan berkaitan kes meminta rasuah semasa bertugas.

Perintah reman berkenaan dikeluarkan Majistret Siti Nurul Suhaila Baharin sehingga 29 April depan selepas dimohon oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Penahanan tersebut bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Menurut sumber SPRM, suspek berusia 28 dan 39 tahun itu ditahan di sebuah balai polis di Bayan Baru kira-kira pukul 7.35 malam dan 9 malam semalam.

Sumber berkata, suspek dipercayai meminta wang suapan daripada pengadu yang disyaki terbabit dalam kes dadah di sebuah pangsapuri di Bayan Baru kira-kira pukul 3 pagi semalam.

Difahamkan, pengadu menyerahkan wang berjumlah RM1,500 menerusi dua transaksi secara dalam talian sebagai balasan supaya tidak dikenakan tindakan.

Motosikal pengadu turut didakwa disita oleh suspek yang berjawatan Koperal dan Lans Koperal tersebut. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan