Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi dan Dato Hilmy Othman turut menyertai program Kuching Car Free Morning Edisi Hari Raya Aidilfitri DBKU di Kuching pada Ahad. Foto TVS

Didik warga Kuching jaga alam sekitar

KUCHING, 20 Apr: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) akan terus bekerjasama dengan Kerajaan Sarawak dan Persekutuan dalam aspek kelestarian alam sekitar dan mengurangkan penggunaan kenderaan yang mengeluarkan banyak karbon monoksida.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek untuk Agensi Pembangunan Wilayah, Dewan Bandaraya Kuching Utara dan Hal Ehwal Islam) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, program seperti Car Free Morning merupakan inisiati DBKU mendidik warga kota dalam menjaga alam sekitar.

Menurutnya, ia juga selari dengan sasaran DBKU untuk menjadikan Kuching bandar raya rendah karbon seriring dengan hala tuju Kerajaan Sarawak dalam memacu pembangunan sosioekonomi mampan menjelang 2030.

“Dalam kerancakan merencana pembangunan Kuching sebagai bandar raya terbaik di Malaysia dan global, pemeliharaan alam sekitar tidak seharusnya diketepikan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada program Kuching Car Free Morning Edisi Hari Raya Aidilfitri DBKU di Kuching pada Ahad.

Sementara itu, Datuk Bandar Kuching Utara, Dato Hilmy Othman pula tidak menolak kemungkinan menganjurkan aktiviti seperti itu kerana mampu menarik lebih ramai masyarakat dan pelancong terlibat.

“Selain menyenaraikannya dalam kalendar pelancongan Sarawak, kita mahu menjadikan acara seperti ini sebagai tonggak dalam kalendar bagi merancakkan segmen pelancongan,” ujarnya.

Seramai lebih 1,500 masyarakat sekitar Kuching memeriahkan program Kuching Car Free Morning Edisi Hari Raya Aidilfitri DBKU hari ini.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan