Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang, Datuk Lo Khere Chiang menghadiri Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Kampung Haji Baki. Foto TVS

Dapur halal di Kampung Haji Baki

KUCHING, 20 Apr: Kampung Haji Baki bakal memiliki sebuah dapur halal yang akan membantu penduduk sekitar mendapatkan pengiktirafan sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang, Datuk Lo Khere Chiang berkata, penubuhan Dapur Komuniti Halal terbabit adalah yang pertama di Malaysia yang menyediakan khidmat pemprosesan produk selaras dengan kehendak persijilan halal.

“Dapur Komuniti Halal ini bukan sahaja menyediakan peralatan yang halal tetapi juga kaedah-kaedah mematuhi prosedur dan syarat persijilan halal yang lain.

“Saya sebelum ini ada mendengar taklimat mengenai perlaksanaannya dan mendapati ia bukan satu prosedur yang susah selain ia merupakan satu aturan yang terbaik, bersih serta teratur,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Kampung Haji Baki di sini pada Ahad.

Penubuhan Dapur Komuniti Halal tersebut merupakan sebahagian daripada projek pembesaran Dewan Komuniti Kampung Haji Baki dengan peruntukan berjumlah RM2 juta.

Projek pembesaran dewan itu melibatkan penambahan kemudahan sedia ada seperti ruang Komuniti Wanita, Studio Muzik, Perpustakaan Awam dan Dapur Komuniti Halal.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan