Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang kanak-kanak lelaki autistik berusia lima tahun dilaporkan hilang dari rumahnya di Kampung Bahagia Dua, Tamparuli, hari ini, mencetuskan operasi mencari dan menyelamat yang melibatkan pasukan penyelamat, unit anjing pengesan dan penduduk kampung.

Budak autistik berusia lima tahun hilang dari rumah di Tuaran

ByTVS

KOTA KINABALU, 20 April: Seorang kanak-kanak lelaki autistik berusia lima tahun dilaporkan hilang dari rumahnya di Kampung Bahagia Dua, Tamparuli, hari ini, mencetuskan operasi mencari dan menyelamat yang melibatkan pasukan penyelamat, unit anjing pengesan dan penduduk kampung.

Mangsa, Muhd Aniq, kali terakhir dilihat sekitar jam 1.30 tengah hari sebelum dilaporkan hilang tanpa jejak di kawasan berhampiran rumah keluarganya yang terletak di belakang Pejabat Daerah Tamparuli.

Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran menerima panggilan kecemasan pada jam 1.52 tengah hari dan segera menggerakkan 12 anggota, termasuk dua daripada unit K9, ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 11 kilometer dari balai.

Ketua BBP Tuaran, Mohamad Nor Amit berkata, operasi pencarian dijalankan dalam radius 300 meter dari lokasi kanak-kanak itu dilaporkan hilang dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan penduduk kampung.

“Usaha pencarian turut melibatkan bantuan anjing pengesan, namun sehingga kini mangsa masih belum dijumpai,” katanya di dalam laporan yang dikongsi dengan media.

Operasi ditangguhkan sekitar jam 7 malam atas arahan pihak polis dan dijadualkan bersambung esok. Namun, beberapa anggota dijangka akan meneruskan pencarian pada waktu malam.

“Kami sedang melakukan segala usaha yang termampu. Perkembangan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa dan kami mohon doa orang ramai agar mangsa ditemui dengan selamat,” tambah Mohamad Nor. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan