Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tiga orang maut selepas sebuah pesawat ringan terhempas ke dalam sungai pada malam Jumaat di Nebraska, Amerika Syarikat, lapor Xinhua memetik pihak berkuasa tempatan. Foto media sosial.

3 terbunuh selepas pesawat ringan terhempas di Nebraska, AS

ByBernama

LOS ANGELES, 20 April: Tiga orang maut selepas sebuah pesawat ringan terhempas ke dalam sungai pada malam Jumaat di Nebraska, Amerika Syarikat, lapor Xinhua memetik pihak berkuasa tempatan.

Menurut Pejabat Sheriff Daerah Dodge, pesawat itu sedang menyusuri Sungai Platte di selatan Fremont sebelum terhempas ke dalam sungai berkenaan.

Ketiga-tiga mangsa yang menaiki pesawat telah dikenal pasti, menurut pejabat itu dalam satu kenyataan pada Sabtu, sambil menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa.

Pihak berkuasa turut memaklumkan bahawa siasatan kini akan diambil alih oleh Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) dan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB) Amerika Syarikat.-TVS

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan

No data was found