Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Skuad ragbi negara tersingkir ke Divisyen Satu ARC

ByBernama

KUALA LUMPUR, 19 April: Impian skuad ragbi Malaysia kekal beraksi dalam Divisyen Premier Kejohanan Ragbi Asia (ARC) 2025 musnah selepas tewas kepada juara Divisyen Satu Sri Lanka dalam perlawanan playoff hari ini.

Pada aksi yang berlangsung di Racecourse Stadium, Colombo skuad negara terpaksa akur tumpas 19-59.

Pada perlawanan itu, Sri Lanka berjaya melakukan sembilan try menerusi Dinal Ekanayake (tiga), Janidu Madushanka (dua), masing-masing satu menerusi Naveen Marasinghe, Danushka Ranjan, Dahan Wickramarachichi dan Akash Madushanka, manakala Mursheed Zubair Dora menyempurnakan tujuh conversion.

Tiga try Malaysia pula diraih menerusi pemain naturalisasi Etonia Vaqa Saukuru dengan Nazreen Fitri Nasrudin dan Amirul Aqil Kamsol masing-masing menyempurnakan satu conversion.

Kekalahan itu menyebabkan Malaysia gagal menempatkan diri dalam kelompok elit ragbi Asia dan perlu beraksi di Divisyen Satu.

Terdahulu Malaysia terpaksa bermain di pusingan playoff selepas menamatkan Divisyen Premier musim lepas di tangga tercorot tanpa mengumpul sebarang mata.

— TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan