Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Safiee Ahmad menyantuni rakyat dalam Majlis Ramah Tamah Aidilfitri di Kampung Muara Lebaan, hari ini. Foto TVS

RM80 juta diluluskan untuk pembinaan Jalan R3 di Seberang Bintangor

BINTANGOR, 19 April: Penduduk di seberang Bintangor bakal menikmati akses jalan yang lebih baik apabila Kerajaan Sarawak meluluskan peruntukan sebanyak RM80 juta bagi pembinaan Jalan R3.

Laluan baharu itu bakal menghubungkan kawasan tersebut dari Kampung Muara Lebaan ke jalan utama Sibu-Tanjung Manis berhampiran Sungai Lengan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Safiee Ahmad berkata, jalan sepanjang 5.56 kilometer itu dianggap sebagai “missing link” yang penting dan kini dalam proses penilaian tender.

Katanya, proses penyukatan dan pengambilan tanah sedang dikendalikan oleh Jabatan Tanah dan Survei, bagi memastikan pampasan yang sewajarnya diberikan kepada pemilik tanah yang terlibat.

“Saya percaya jika semua proses ini berjalan lancar, kerja-kerja pembinaan akan dimulakan tidak lama lagi,” katanya semasa berucap pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri di Kampung Muara Lebaan, hari ini.

Sebagai tambahan, laluan tersebut juga akan mempunyai simpang ke kawasan tanah perkuburan dan kawasan kebun penduduk di sini sekali gus memudahkan urusan masyarakat setempat.

Menurutnya, walaupun jarak jalan itu hanya 5.56 kilometer, projek berkenaan melibatkan cabaran besar termasuk kerja-kerja pemulihan tanah berpaya.

Pada peringkat awal katanya, kos dianggarkan sebanyak RM65 juta, namun meningkat kepada RM80 juta disebabkan beberapa faktor tidak dapat dielakkan.

“Saya pada mulanya agak bimbang, namun berasa lega selepas Yang Amat Berhormat Premier, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg meluluskan peruntukan tambahan ini.

” Ia membuktikan keprihatinan beliau terhadap keperluan rakyat luar bandar khususnya di kawasan saya, ” tambahnya.

Beliau turut menasihatkan penduduk agar memanfaatkan peluang pembangunan yang disediakan kerajaan untuk meningkatkan taraf ekonomi masing-masing.

Katanya, kerajaan komited untuk terus membangunkan kawasan luar bandar, termasuk kawasan DUN Daro, melalui pelbagai inisiatif dan projek infrastruktur. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan