Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Premier Sarawak melihat Model konsep “Hornbill Island – Kuching Low-Carbon Hub” merupakan sebahagian daripada pembentangan Sarawak Gas Roadmap oleh PETROS selepas Mesyuarat Khas Pembangunan Sarawak 2025 di Wisma Bapa Malaysia, Kuching, hari ini. Foto TVS

PM hadir ke Mesyuarat Khas Pembangunan Sarawak 2025

ByAdlina Rahman

KUCHING, 19 April: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini tiba di Kuching bagi menghadiri Mesyuarat Khas Pembangunan Sarawak 2025 yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama, Tingkat 2, Wisma Bapa Malaysia.

Ketibaan beliau di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) sekitar jam 10.20 pagi tadi disambut Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Timbalan Perdana Menteri Dato Sri Fadillah Yusof bersama Timbalan Premier, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, dan Datuk Amar Dr Sim Kui Hian.

Anwar yang segak mengenakan baju Melayu berwarna biru, menghadiri mesyuarat bersama barisan kepimpinan negeri bagi mendengar taklimat mengenai hala tuju pembangunan Sarawak.

Mesyuarat Khas itu membangkitkan beberapa perkara antaranya taklimat mengenai Sarawak Gas Roadmap oleh Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) dan taklimat Development Bank of Sarawak (DBOS) oleh Pejabat Setiausaha Kewangan Negeri.

Mesyuarat itu kemudiannya ditamatkan pada sekitar jam 11.45 pagi. Anwar dijadual untuk menghadiri Sambutan Aidilfitri MADANI 2025 yang berlangsung di Stadium Perpaduan, Petra Jaya sekitar jam 11.30 pagi.

Beliau kemudian turut dijadual menghadiri Majlis Ramah Mesra Aidilfitri anjuran Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato Sri Nancy Shukri, yang akan diadakan di Dewan Serbaguna Wisma Sabati, Kuching. Majlis ini turut dijangka dihadiri oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan