Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof dan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Mesyuarat Khas Pembangunan Sarawak di Wisma Bapa Malaysia. Foto TVS

PM Anwar minta jentera kerajaan siap siaga hadapi tekanan ekonomi global

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 19 APRIL: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru seluruh jentera kerajaan di semua peringkat, sama ada Persekutuan mahupun Negeri, agar bersiap siaga dan proaktif dalam menghadapi cabaran ketidaktentuan ekonomi global, khususnya susulan pengumuman tarif baharu oleh Amerika Syarikat.

Menurut beliau, langkah segera perlu diambil untuk memperkukuh daya tahan ekonomi negara dari dalam, termasuk mempercepatkan pelaksanaan segala perancangan strategik yang telah digariskan sebelum ini.

“Segala perancangan harus segera diterjemah kepada pelaksanaan demi memperkukuh daya tahan dalaman ekonomi negara terhadap sebarang kejutan atau tindakan luar yang mengganggu kelangsungan kita,” tegas Perdana Menteri dalam satu kenyataan di Facebook selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Pembangunan Sarawak di Wisma Bapa Malaysia, di sini hari ini.

Difahamkan dalam mesyuarat tersebut, Anwar turut diberi taklimat berkenaan kemajuan Pelan Hala Tuju Gas Sarawak (Sarawak Gas Roadmap, SGR) serta insentif cukai yang ditawarkan oleh Bank Pembangunan Sarawak (DBOS).

Beliau menyifatkan kedua-dua inisiatif itu berupaya menjadi pemacu pertumbuhan ekonomi negeri Sarawak, di samping memberikan limpahan manfaat kepada rakyat negeri itu dan Malaysia secara keseluruhan.

Kenyataan juga mencatatkan perbincangan turut menyentuh hala tuju dan keutamaan projek-projek pembangunan negeri agar dapat diselaraskan dengan dasar dan strategi pembangunan nasional sejajar dengan aspirasi untuk menjamin pertumbuhan yang lebih seimbang dan inklusif di seluruh negara.

Terdahulu, mesyuarat berkenaan turut hadiri Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta pegawai-pegawai kanan Kerajaan Persekutuan dan Negeri.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan