Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kemalangan yang mengakibatkan dua maut di Lampu Isyarat Paragon, Jalan Sultan Iskandar, Bintulu, malam tadi. Foto IPD Bintulu

Pemandu pikap terlibat kemalangan di Bintulu dipercayai memandu di bawah pengaruh alkohol

BINTULU, 19 April: Pemandu pikap warganegara China yang terlibat dałam kemalangan hingga menyebabkan dua maut dalam kemalangan di Lampu Isyarat Paragon, Jalan Sultan Iskandar di sini, malam tadi, dipercayai memandu di bawah pengaruh alkohol.

Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintendan Nixon Joshua Ali berkata, pemandu yang terbabit telah ditahan untuk siasatan lanjut.

“Siasatan di tempat kejadian mendapati kemalangan jam 11.30 malam itu membabitkan sebuah pikap dengan sebuah kereta Proton Saga. Kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu pikap sedang memandu berseorangan dari arah Jalan Tun Razak (Tanjung Batu) menuju ke Lampu Isyarat Paragon Jalan Sultan Iskandar.

“Apabila pemandu pikap sampai di depan Lampu Isyarat Paragon Jalan Sultan Iskandar, pemandu pikap telah melanggar belakang kereta Proton Saga yang dipandu oleh seorang lelaki bersama tiga penumpang lain,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, selepas pelanggaran itu, kenderaan pikap hilang kawalan dan terlajak ke hadapan sehingga melanggar tiang lampu isyarat tepi jalan manakala kereta Proton Saga turut terlajak ke pembahagi jalan akibat impak pelanggaran yang kuat.

“Akibat daripada kejadian tersebut, pemandu kereta Proton Saga dan seorang perempuan penumpang depan mengalami kecederaan dan telah dihantar ke Hospital Bintulu untuk menerima rawatan selanjutnya.

“Dua penumpang perempuan yang berada di belakang telah meninggal dunia di tempat kejadian dan disahkan oleh pegawai perubatan Hospital Bintulu, kes disiasat di bawah Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” tegasnya.

Nixon menasihatkan orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan berita yang tidak benar kerana dikhuatiri boleh menimbulkan kegusaran kepada masyarakat.

Pihak PDRM sedang menjalankan siasatan terhadap kemalangan tersebut, sekiranya ada mana-mana pihak yang mempunyai maklumat/nampak berkenaan kejadian, boleh tampil dan menghubungi pegawai penyiasat kes Insp Pung Ting Khang, Balai Trafik Bintulu di talian 086-338575 atau Bilik Gerakan IPD Bintulu 086-318304.-TVS

 

Dua wanita maut, kemalangan dua kenderaan di Bintulu

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan