Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mendengar taklimat pembangunan negeri oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Foto TVS

Komitmen Kerajaan Persekutuan perkukuh Pelan Hala Tuju Gas Sarawak

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 19 APRIL: Kerajaan Persekutuan bersependapat menyokong perancangan Kerajaan Sarawak dalam melaksanakan Pelan Hala Tuju Gas Sarawak (Sarawak Gas Roadmap, SGR), yang disifatkan sebagai pemacu utama pertumbuhan ekonomi negeri itu.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dato’ Sri Shamsul Azri Abu Bakar, berkata pelaksanaan pelan berimpak tinggi ini dijangka mampu menarik pelaburan bernilai sehingga RM300 bilion dan mewujudkan lebih 180,000 peluang pekerjaan baharu kepada rakyat Sarawak.

“SGR juga dijangka mampu menyumbang sehingga RM120 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara.

“Inisiatif ini turut menyokong matlamat Kerangka Ekonomi MADANI 2033 dalam usaha menjadikan Malaysia antara 25 negara paling berdaya saing di dunia,” katanya dalam satu kenyataan selepas mengiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mempengerusikan Mesyuarat Khas Pembangunan Sarawak di Wisma Bapa Malaysia, di sini hari ini.

Beliau turut memaklumkan bahawa mesyuarat tersebut membincangkan pelbagai isu dan cabaran yang dihadapi dalam pelaksanaan projek-projek pembangunan di Sarawak, yang memerlukan perhatian dan tindakan segera daripada kedua-dua pihak; Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta pegawai-pegawai kanan Kerajaan Persekutuan dan Negeri. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan