Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dari kiri: Eason, Nicola (Wakil UNCCD), Misha (Pengasas Bersama GreenPop Afrika Selatan) dan Japji di tapak Festival Reforest Fest pada Jumaat. Foto (CHAMPS Miri)

Japji dan Eason harumkan Sarawak, lestarikan alam sekitar di Afrika Selatan

ByVanessa Enjop

MIRI, 19 April: Dua belia dari Miri, Japji Kaur Sangha dan Eason Wong, mengharumkan nama Sarawak apabila mewakili Malaysia baru-baru ini dalam GreenPop Festival of Action di Cape Town, Afrika Selatan.

Masing-masing mereka dari Empalai Kitai Krokop Community Farm itu mengambil bahagian dalam program antarabangsa yang memfokuskan kepada kelestarian alam sekitar dan pemulihan ekosistem itu dianjurkan dengan kerjasama United Nations Convention to Combat Desertification (UNCCD).

Festival ini menjadi platform pembelajaran dan tindakan bagi mereka yang ingin menyumbang kepada usaha mengekang kemerosotan tanah dan mempromosi gaya hidup mampan.

Sepanjang penyertaan mereka, pelbagai aktiviti berimpak tinggi dilaksanakan termasuk penanaman pokok, pengurusan sisa lestari, pemulihan habitat, pembinaan ekologi serta bengkel berkaitan penggunaan tanah yang mampan.

Penyertaan ini bukan sekadar pengalaman pembelajaran, tetapi turut membawa misi untuk mengadaptasi dan melaksanakan inisiatif yang sama di Sarawak.

Kejayaan ini menjadi inspirasi kepada pasukan mereka di Miri, di mana mereka kini sedang merancang untuk menganjurkan Reforest Fest versi tempatan pada tahun 2026, yang akan menyesuaikan konsep GreenPop dengan ekosistem dan komuniti Sarawak.

Perjalanan mereka disokong oleh UNCCD dan beberapa rakan korporat antarabangsa, memperkukuh lagi hubungan antara pembangunan komuniti dan pemeliharaan alam sekitar secara global.

Japji dan Eason dijangka pulang ke Miri pada 22 April ini untuk membentangkan hasil pembelajaran dan cadangan pelaksanaan projek hijau tempatan. – TVS

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan

No data was found